Khamis, 9 Ogos 2012

Ifthar Jama'ie SMKPBG meriah

8 Ogos 2012 - Asrama SMK Panglima Bukit Gantang (ASHPAN) dengan kerjasama kelab guru SMK Panglima Bukit Gantang telah menganjurkan Ifthar Jama'ie di dewan makan asrama SMK Panglima Bukit Gantang. Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Abdul Wahid bin Shafiee selaku wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kerian berlangsung meriah dengan pengisian yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Majlis yang bermula seawal 5.30 petang itu dihadiri oleh seluruh warga ASHPAN dan dimeriahkan dengan pelancaran program "sayangi sahabat anda" yang dirasmikan oleh tuan wakil PPD. Majlis seterusnya dihiasi dengan tanyangan multimedia dan bacaan Al Quran oleh wakil pelajar asrama. Majlis diakhiri dengan solat maghrib, kuliah maghrib, solat isyak dan solat terawih secara berjamaah di dewan besar SMK Panglima Bukit Gantang.











Isnin, 6 Ogos 2012

Assalamualaikum

Ahlan Wasahlan, Welcome, Selamat Datang Ke Laman Rasmi SMK Panglima Bukit Gantang